Thursday, November 19, 2009

NoveMber



TanGGaL
 


HaRi DiManA Usia Aku TelaH MeninGkat Lagi SeTahun,Rase CepaT maSe BerLaLu.
NamPak Gaye Nye akU suDah SamPai diZamaN
PeRaLihAn

kE

kEkaDanG tEnsEn Gak kaT kEnGkawAn yg mEnujUkaN soAlan
biLa maW

isH..dEngaN aKu yaNg uSia mUda Nie..saBa2 La yerk..
banYak Lagi Benda Yang Aku Nak Buat
KaLo ada aKu jeMpot Korang
(Lame Lagi Kot hE3)
YanG pEntIng mEsti maW
bAnyAk

ThaNkz kaT kaWan-kAwan
yanG da Wish Kat aKu
WaLaupoN ada YanG TerLewaT,
jaNji RocK...
ha3

AdiOs.....

Monday, November 16, 2009

bEtoL kE




Mengenali seseorang itu
kadangkala membuat kita ketawa,

Mengenali seseorang itu
kadangkala membuat kita mengalirkan airmata,

sesungguhnya mengenali seseorng itu
mampu memberi kita sejuta rasa..
marah, jauh hati, sedih, gembira, sayang, rindu..

Tetapi, sedarkah kita mengenali seseorang itu
sebenarnya satu anugerah..

Biarpun hadirnya hanya seketika
& sekadar teman sementara...

Bersyukurlah dengan kehadirannya
kerana barangkali melaluinya..

Kita mengenal erti
apa itu suatu PERHUBUNGAN...



Monday, October 19, 2009

Ape Itu SahaBat


10 'K' dalam persahabatan.

KECINTAAN
...merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan.Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t.Oleh itu,kite perlu meluahkan rasa cinta bterhadap sahabat dengan mengungkap,'uhibbuka atau i fillah'.(bagi sahabat yg sama jantina)agar mereka tahu betapa cintanya kite terhadap mereka,kerana Allah.

KASIH SAYANG
...lebih kurang sama maksud dengan kecintaan.Namun,setelah kite mencintai sahabat,kite perlu curahkan kasih sayang kite terhadap mereka.Tapi, kadangkala kasih sayang xperlu dipamirkan secare luaran.Cukup lah sekadar mendoakan utk sahabat2 kite.

KEIKHLASAN
...dapat menjamin sebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat dari Illahi.Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat.Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya,bukan kerana rupa,pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN
...terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.Apabila kita setia terhadap sahabat,kite akan diingati hingga akhir hayat mereka.Ini kerana tak kira susah atau senang,kite setia berada disisinya memberi sokongan.

KEBERANIAN
...dalam berkata benar.Dalam persahabatan,kite hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu.Lebih2 lagi,jika kite telah melakukan sesuatu yang menyakitkan hatinye.Kite kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan.Selain itu kite kena berani menasihati sahabat kite.Ini kerana sebagai sahabat,kite mahu yg terbaik untuk mereka bukan?

KEJUJURAN
...juga perlu dalam sahabat.Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa2 daripada pengatahuan sahabat kite.Mereka perlu taw apa yang kite lalui dalam kehidupan kite.Jangan berahsia,melainkan pada perkara yg benar2 perlu dirahsiakan.

KEMAAFAN
Sekiranye sahabat kite pernah melakukan kesilapan,bersedialah untuk memaafkannye,tidak kire sebesar mana pon kesalahan mereka terhadap kite.Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnye.Begitu gak sebaliknye.

KESEDIHAN
Apabila kite sedar bahawa sahabat kite sedang besedih,make ikutlah sedih bersama2 dengan mereka.Tawarkanlah bahu kite untuk dijadikan tadahan air mata mereka.Mungkin ketika itu,tiada siapa yang akan mereka cari,selain kite sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN
Jika kite gembira,maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat2 tercinta.Tak mahukah kite bergelak tawa bersama mereka?Kegembiraan kite adalah kegembiraan mereka juga.

KESERASIAN
...disini bukan bermaksud 'Kau cantek,aku mesti cantek', ataw 'kau kaya,aku pon kena kaya'.Tidak same sekali.Sememangnye manusia dijadikan Allah berbeza2.Namun dalam persahabatan,keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.

p/s:
Persahabatan umpama bawang.Ia mempunyai banyak lapisan didalamnya dan menambah perisa dalam kehidupan.Tetapi,jika kamu cuba memotongnya,kamu tidak dapat apa2,kecuali linangan air mata.





Monday, September 28, 2009


SeLaMat HarI RayA
Kat SeMua
YanG BeRaGamA IsLam

Friday, September 11, 2009

SeLamAt bErPosa N sLamaT aRy Raya

 WaHai SahaBaT-SahaBat seKaliAn
SeLaMat BerPoSa 
DaN
SeLaMat HarI RayA
MaAp ZahiR BatiN
lame GiLe aku simpaN ini PhotO

Wednesday, September 9, 2009

BerBuka PuaSa

LapaR + MaKan + mInUm + KenyaNg = SakiT peruT

HarI iNi Makan SangAt BanYak
MemBer SeKolaH duLu bUat MaKan MakaN
dI banDar PutRi PucHong
WalaUpoN aSaLnya RamaI yaNg Nak Juin
TaPi Last LasT MiniT
xJadi
WaLau BagaIManaPon TeTap meRiaH
AbiH gaK La deKat 3Rat...
Amin DeNGan Muke Lapa
NaK MakaN poN bLeh Men mEn Lagi
seMpaT PosIng Lagi
nUEx DeNgaN siBuk MemaSakNye
Time Da MasaK MasiNg MasiNg bErebUt
OraNg GemoK kUat MakaN
YanG tiNgGaL HanYa ......

Sunday, August 30, 2009

bL4nk 1m4g3


~GelisaH~gundAh GuLana~bLur~xSedaP ati~haPPy~
~PkRan kuSut~kUciWa~kEkeSaLan~KeJatUhan~

ape yg jd kat aku nie
sEpErtI
maTi iDop KemBaLi
oR
idOp mAti kemBaLi

Aku PoN xTahu ApE yaNg Aku FiKirKan DaLam kePale NIe
MaCam ManE UntUk aKu
MengGenTikaN seMua Ini
DaN MenJadiKan IaNya
sEpErTi
DaN LaLuiNya sEpErtI bIaSa
.........
HaDapi DenGaN
MesTi kOraNg tErTanYe2 KeNape DenGan aKu
Aku MeMang SuKE bErTeKa TeKi
sO
Lu piKiR La SiNdiRi



Saturday, August 22, 2009

Lirik lagu Sheila On 7 Yang Terlewatkan


Kemana kau s’lama ini
Hingga kalian kunanti
Kenapa baru sekarang
Kita dipertemukan

Sesal tak ‘kan ada arti
Karna semua t’lah terjadi
Ini set’lah menjalani
Sisa hidup dengannya

Reff:
Mungkin salahku… Melewatkanmu…
Tak mencarimu… Sepenuh hati…
Maafkan aku…

Kesalahanku… Melewatkanmu…
Hingga kau kini… Dengan yang lain…
Maafkan aku…

Jika berulang kembali
Kau tak akan terlewati
Segenap hati kucari
Dimana kau berada

Walau ku terlambat
Kau tetap yang terhebat
Melihatmu… Mendengarmu…
Kaulah yang terhebat




Saturday, August 15, 2009



TuNang Gak ko Ye


08-08-2009 adalah tarikh bermakna bagi seorang sahabat aku yang bernama hasil linda ( bukan nama sebenar),telah melangsungkan majlis pertunangan beliau dengan jejaka L ( bukan nama sebenar).terima kasih kerana telah menjemput aku dan kawan-kawan lain untuk meriah kan majlis ko ek...semoga berkekalan ke jinjang pelamin dan ke anak cucu.ahakz~

gambar kengkawan yang telah memeriah kan majlis tersebut

empat dara pingitan

Geng kaki lantak 1
tengok jojo(baju belang biru)..belum abik makanan da siap bace doa makan lagi.

Geng kaki lantak 2
azad (kepale botak) bz + makan + telefon + cermin mate
= macam businessman jerk
azam ( baju ijo ) lapar + nak cepat = makan xpandang kemera pon


Geng kaki lantak 3
gadis-gadis yang kelaparan,sedap sangat tue cik fiza,sampai menjilat jari.

gambar panas,jiran-jiran dia ingat aku tunang si linda,sape soh aku menggatai pakai baju putih.buat malu aku saja..huhu
ha...yang pakai cermin mate tue baru betoi tunang dia,tue la dulu time xkenai kutuk2..kan da jadi tunang..hehehe

-= tahniah =-



Wednesday, August 12, 2009

apekah personaliti diri kamu















a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

b) Personaliti Pendiam
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat

d) Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti pemikir
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

Rahsia Melalui Tulisan










Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah


ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang


iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah


iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana




Puisi Rangga

Kulari ke hutan,kemudian menyanyiku...
Kulari ke pantai,kemudian teriakku...
Sepi....sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ingin bingar
Aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ah......ada malaikat menyulam
Jaring laba-laba belang,
Di tembok keraton putih.
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?
Biar terdera,
Atau....aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai .........?
-= Kau Dan Aku =-

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti


Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh.

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti

Ooohhh..Oohhh..Ooohhh


Wednesday, August 5, 2009

ajal maut ditangan tuhan


SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang yang berulang-alik dari Sekinchan ke tempat kerjanya di Meru, dekat Klang terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Haji Abdul Manan, Meru di sini, pagi semalam.Dalam kejadian jam 7.30 pagi, motosikal yang ditunggang mangsa, Hussin Ramli, 27, dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum dia terjatuh ke laluan tengah jalan dua lorong itu.Pada masa sama sebuah lori tiga tan dari arah sama gagal mengelak sebelum menggilis mangsa dan menyeretnya hampir 50 meter menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata mangsa cedera parah di kepala serta badan dan mayatnya di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.


baru semalam aku menerima berita tentang kematian seorang rakan sekolah ku.sudah lama aku xjumpe dengan beliau.tetiba semalam aku menerima sms dr rakan ku yg lain menyatakan dia sudah meninggal.mudah mudahan beliau ditempatkan dengan golongan2 orang beriman.Al-fatihah....Amin.


p/s: mudah mudahan dipanjangkan umur...

sEtEm

Baru-baru nie aku pi sunway piramid,bajet nak shoping barang ar sket tengok-tengok xdo barang yang bekenan plak walaupon skang tengah mega sale.Last-last aku bosan pi la tengok wayang cite setem,sebab ape aku tengok cite nie.Nak taw x?ok aku bagi taw,sebabnye ader Afdlin Shauki.Aku salah sorang peminat lakonan dan arahan filem beliau.Memang xsia-sia aku pi tengok,kompom tesengehsampai keluar panggung punye korang.Cerita ringan,padat,moral banyak,klakar.Kalo bagi bintang rasenye 4 bintang untuk filem tempatan.
sokong lah filem tempatan (tapi tengok pengarah gak la).
Lu pikir la sindiri...chaw..


Ha..satu lagi aku rase yang perlu aku tonton untuk bulan nie,mesti best...





Tuesday, August 4, 2009

SuKar DiCari gAntI



Baru2 nie rakyat malaysia telah digemparkan dengan pemergian seorang Pengarah filem dan iklan yang terkenal iaitu Yasmin Amad,pemergiannya sukar dicari ganti.Cube kite lihat filem-filem dan iklan yang diarahkan oleh beliau,memang lain dari yang lain.Ianya membawa maksud yang mendalam,spontan dan ape yang penah berlaku pada masyarakat sekeliling.Semoga arwah dicucuri rahmat oleh yang maha esa.
Al-Fatihah........Amin.


Antara iklan Yasmin Ahmad yang aku suka
cari kat youtube tajuk Tan Hong Ming ..

Antara FiLem2 Yasmin Ahmad