Monday, October 19, 2009

Ape Itu SahaBat


10 'K' dalam persahabatan.

KECINTAAN
...merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan.Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t.Oleh itu,kite perlu meluahkan rasa cinta bterhadap sahabat dengan mengungkap,'uhibbuka atau i fillah'.(bagi sahabat yg sama jantina)agar mereka tahu betapa cintanya kite terhadap mereka,kerana Allah.

KASIH SAYANG
...lebih kurang sama maksud dengan kecintaan.Namun,setelah kite mencintai sahabat,kite perlu curahkan kasih sayang kite terhadap mereka.Tapi, kadangkala kasih sayang xperlu dipamirkan secare luaran.Cukup lah sekadar mendoakan utk sahabat2 kite.

KEIKHLASAN
...dapat menjamin sebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat dari Illahi.Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat.Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya,bukan kerana rupa,pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN
...terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.Apabila kita setia terhadap sahabat,kite akan diingati hingga akhir hayat mereka.Ini kerana tak kira susah atau senang,kite setia berada disisinya memberi sokongan.

KEBERANIAN
...dalam berkata benar.Dalam persahabatan,kite hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu.Lebih2 lagi,jika kite telah melakukan sesuatu yang menyakitkan hatinye.Kite kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan.Selain itu kite kena berani menasihati sahabat kite.Ini kerana sebagai sahabat,kite mahu yg terbaik untuk mereka bukan?

KEJUJURAN
...juga perlu dalam sahabat.Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa2 daripada pengatahuan sahabat kite.Mereka perlu taw apa yang kite lalui dalam kehidupan kite.Jangan berahsia,melainkan pada perkara yg benar2 perlu dirahsiakan.

KEMAAFAN
Sekiranye sahabat kite pernah melakukan kesilapan,bersedialah untuk memaafkannye,tidak kire sebesar mana pon kesalahan mereka terhadap kite.Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnye.Begitu gak sebaliknye.

KESEDIHAN
Apabila kite sedar bahawa sahabat kite sedang besedih,make ikutlah sedih bersama2 dengan mereka.Tawarkanlah bahu kite untuk dijadikan tadahan air mata mereka.Mungkin ketika itu,tiada siapa yang akan mereka cari,selain kite sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN
Jika kite gembira,maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat2 tercinta.Tak mahukah kite bergelak tawa bersama mereka?Kegembiraan kite adalah kegembiraan mereka juga.

KESERASIAN
...disini bukan bermaksud 'Kau cantek,aku mesti cantek', ataw 'kau kaya,aku pon kena kaya'.Tidak same sekali.Sememangnye manusia dijadikan Allah berbeza2.Namun dalam persahabatan,keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.

p/s:
Persahabatan umpama bawang.Ia mempunyai banyak lapisan didalamnya dan menambah perisa dalam kehidupan.Tetapi,jika kamu cuba memotongnya,kamu tidak dapat apa2,kecuali linangan air mata.